28 Nov 2011

Tarik Perhatian Lelaki?

Salam.


Kau minat pada seorang lelaki tapi nervous bebenor nak berborak dengan dia? Apatah lagi nak berjumpa dengan dia dan buat dia ajak kau dating?Kau nak sangat buat dia sedar akan kewujudan kau, tanpa membuatkan kau kelihatan seperti perempuan desperate? Hah, kalau kau ada ciri-ciri yang disebutkan, nampaknya kau seorang perempuan yang hanya mampu meminati lelaki dari kejauhan, tanpa dapat mendekatinya. Alamak, sedihnya statement. Wahahaha T_T

Alah biasalah tu. Perempuan kadang-kadang memang susah nak pergi pada lelaki yang dia suka. Perempuan kan jenis pemalu. Takut pun ada. Takut digelar terhegeh-hegeh satu, perigi cari timba satu. Tapi ! Tapi !

Hah ni ada beberapa tips yang best untuk korang cuba.


1) Jadi diri sendiri. Ini memang cara yang tepat dan terbaik untuk menarik perhatian lelaki. Jadi lah se-natural mungkin, sebab lelaki memang suka pada perempuan yang jadi diri sendiri. Tak perlu nak berlakon. Kalau kau jenis yang pendiam, tak perlu nak cakap terpekik-pekik. Tapi jangan lah kau tak bercakap langsung. Itu bisu namo eh. Tak perlu nak pakai baju ketat-ketat kalau itu memang bukan cara kau berpakaian. Kau takkan selesa kalau terpaksa berlakon, dan lelaki boleh nampak tu. So, be yourself and the guys will see your great qualities.

2) Mempunyai keyakinan. Be happy and confident. Lelaki memang perasan pada perempuan yang ada keyakinan pada luaran dan dalaman tentang diri mereka. Keyakinan kau boleh dilihat pada cara kau bercakap, bergerak dan pembawaan diri kau. So kalau kau nak dia perasan kewujudan kau, be confident !

3) Berikan senyuman yang menawan dan ikhlas. Ini memang tips yang paling terbaik. Kalau kau ada senyuman yang menawan dan ikhlas, lelaki akan rasa kau mudah didekati. Ops tapi bukan murah. Murah dan mudah didekati adalah dua perkara yang berbeza, tahu? Kalau kau nak lelaki perasan kewujudan kau, berikan dia satu senyuman yang menawan.

4) Jaga penampilan. Persembahkan diri kau sebaik mungkin. Betul ke ayat aku ni ek? Lelaki tertarik pada perempuan yang kelihatan kemas dan pandai menjaga penampilan.

5) Be smart. Tak perlulah samapai nak jadi professor untuk tarik perhatian. Asalkan kau tau perkembangan semasa sudah. Lelaki suka perempuan yang ada ilmu pengetahuan. Bacalah suratkhabar atau tengok berita. Secara tak langsung, kau ada topik nak berbual dengan dia.



Tu je. Tapi jangan menggatal pulak. Awas !

4 comments:

apek poyo said...

dah tak heran pun kalau perigi cari timba zaman skrg...huhuhu.
zaman skrg ni org pompuan gaduh pasal berebut laki...huhuhu

yg ponting hati kono ikhlas..
btl caro eh..baiklah dpt eh..kalau tak btl ...nasib badan laa

CikGu Ma said...

penat ooo kalo syok sorg2..heheh

datang follow awak =)

Ungu Violet said...

bykkan bg hint ke..amik berat ke..

lelaki skang ni pun kdng2 lagi pemalu dr pompuan..

mana tau dia pun suka gak...hihi

zahidahwahid said...

thank for tips...
ayork!! kantoi ada nak tackle someone....hehehehe


New Entry: 02- The meaning behind your blog name

Jom buat Cabaran 30 hari