5 Dec 2011

Skincare Review : Garnier Pure Active Multi-Action Scrub

Salam.




Siapa dah cuba scrub terbaru dari Garnier iaitu Garnier Pure Active Multi-Action Scrub yang mampu menentang 6 tanda jerawat ini? Saya sudah ! Saya dah pakai selama 2 minggu, dan apa yang saya dapat katakan ialah produk ini memang bagus untuk kulit yang berminyak dan berjerawat (oily and acne-prone skin) macam saya.

Selepas pemakaian, membuat kulit terasa segar, bersih lembut dan bebas dari minyak. Jerawat pun semakin mengecut, dan yang paling best kulit terasa licin terutama di bahagian hidung yang ada banyak blackhead dan whitehead tu. Apa yang pasti, scrub ini memang mampu mengawal minyak dan mencegah dari munculnya jerawat.

Sebab kan terlampau suka, saya dah buat scrub ni sebagai pencuci muka yang digunakan hari-hari. Rasa macam ok je, walaupun  scrub sepatutnya  hanya dilakukan 2 minggu sekali. Hohoho. Jadi saya bercadang untuk dapatkan set lengkap range Garnier Pure Active ini yang memang dikhaskan untuk kulit berjerawat (acne-prone skin).


Set lengkap Garnier Pure Active.


Sesiapa yang kulit berminyak dan berjerawat macam saya, memang patut cuba produk ini. Memang best !

28 Nov 2011

Tarik Perhatian Lelaki?

Salam.


Kau minat pada seorang lelaki tapi nervous bebenor nak berborak dengan dia? Apatah lagi nak berjumpa dengan dia dan buat dia ajak kau dating?Kau nak sangat buat dia sedar akan kewujudan kau, tanpa membuatkan kau kelihatan seperti perempuan desperate? Hah, kalau kau ada ciri-ciri yang disebutkan, nampaknya kau seorang perempuan yang hanya mampu meminati lelaki dari kejauhan, tanpa dapat mendekatinya. Alamak, sedihnya statement. Wahahaha T_T

Alah biasalah tu. Perempuan kadang-kadang memang susah nak pergi pada lelaki yang dia suka. Perempuan kan jenis pemalu. Takut pun ada. Takut digelar terhegeh-hegeh satu, perigi cari timba satu. Tapi ! Tapi !

Hah ni ada beberapa tips yang best untuk korang cuba.


1) Jadi diri sendiri. Ini memang cara yang tepat dan terbaik untuk menarik perhatian lelaki. Jadi lah se-natural mungkin, sebab lelaki memang suka pada perempuan yang jadi diri sendiri. Tak perlu nak berlakon. Kalau kau jenis yang pendiam, tak perlu nak cakap terpekik-pekik. Tapi jangan lah kau tak bercakap langsung. Itu bisu namo eh. Tak perlu nak pakai baju ketat-ketat kalau itu memang bukan cara kau berpakaian. Kau takkan selesa kalau terpaksa berlakon, dan lelaki boleh nampak tu. So, be yourself and the guys will see your great qualities.

2) Mempunyai keyakinan. Be happy and confident. Lelaki memang perasan pada perempuan yang ada keyakinan pada luaran dan dalaman tentang diri mereka. Keyakinan kau boleh dilihat pada cara kau bercakap, bergerak dan pembawaan diri kau. So kalau kau nak dia perasan kewujudan kau, be confident !

3) Berikan senyuman yang menawan dan ikhlas. Ini memang tips yang paling terbaik. Kalau kau ada senyuman yang menawan dan ikhlas, lelaki akan rasa kau mudah didekati. Ops tapi bukan murah. Murah dan mudah didekati adalah dua perkara yang berbeza, tahu? Kalau kau nak lelaki perasan kewujudan kau, berikan dia satu senyuman yang menawan.

4) Jaga penampilan. Persembahkan diri kau sebaik mungkin. Betul ke ayat aku ni ek? Lelaki tertarik pada perempuan yang kelihatan kemas dan pandai menjaga penampilan.

5) Be smart. Tak perlulah samapai nak jadi professor untuk tarik perhatian. Asalkan kau tau perkembangan semasa sudah. Lelaki suka perempuan yang ada ilmu pengetahuan. Bacalah suratkhabar atau tengok berita. Secara tak langsung, kau ada topik nak berbual dengan dia.



Tu je. Tapi jangan menggatal pulak. Awas !

18 Nov 2011

Lelaki Tak Suka Perempuan Terhegeh-hegeh

Salam.

Bila dia menolak, kau pun naik gila sampai jadi gila bayang. Padahal kau bukan tergila-gilakan dia sangat, tapi rasa tercabar. Sebab tercabar, kau pun jadi terhegeh-hegeh dengan dia. Lelaki tak suka perempuan yang terhegeh-hegeh. Sudah lumrah lelaki adalah pemburu.

Banyak lagi cara lain yang kau boleh lakukan untuk mencuri hati dia. Sabar itu perlu. Tak perlulah sampai kelihatan terdesak. Kau perlu tahu, masih ramai lagi lelaki yang bersifat ortodoks. Mereka tak dapat menerima hakikat yang perempuan pun boleh memulakan langkah pertama untuk memikat.

Jadi sebelum bertindak, kenal pasti dulu sama ada dia jenis yang terbuka atau masih lagi kolot dalam soal berkaitan cinta.

16 Nov 2011

Pathetic Me

It's weird thinking that you are surrounded by so many people, but deep inside your heart you feel so alone. Lonely. That is how i feel. Honestly, when  i read Hanis Zalikha's entry on Kepentingan Bestfriend, i couldn't relate any of those kelebihan to myself. Pity me, ha?

It's true, like i said before that I'm surrounded  by many people, but i don't have what i called sahabat sejati. True friend. No, I'm not being demanding. I'll be good when you do the same to me. But it seems very hard for me to find a friend who can accept me for who i am. A person who tried to understand my deeds instead of judging.

And yes, i don't need a friend who changes when i change and who nods when i nod. My shadow does that much better. I need a friend who can tell me what's wrong about myself because i might not recognize it by myself. I need a friend who are not afraid to tell me the truth even it's hurt, for the sake of myself.

Oh boy, am i asking for too much? If only i can learn that we don't have to change friends if we understand that friends change.

15 Nov 2011

Tips : Merawat Wajah Berminyak



Salam.


Apa yang paling penting dan perlu dalam penampilan perempuan? Kulit yang bersih, mulus dan halus. Tapi kulit yang berminyak seringkali mengganggu penampilan dan kadangkala buat kita rasa rendah diri. Kulit yang berminyak juga mendorong kepada pertumbuhan jerawat jika tak dijaga dengan betul.

Orang kata, mereka yang kulit berminyak ni awet muda. Thank God, tapi siapalah yang mahu wajah yang bercapuk-capuk bila pakai mekap kan? So here are some tips on handling oily skin.

1) Pakai pencuci muka oil control. Contoh pencuci muka yang ada oil control adalah Neutrogena dan Garnier.

2) Gunakan toner dan moisturizer yang ada sari lemon khas untuk kulit berminyak. Garnier have these.

Krim pelembap Garnier.


3) Gunakan loose powder atau bedak tabur untuk menyerap minyak pada wajah.

4) Peeling wajah dengan lulur wangi atau facial scrub yang berfungsi untuk membersihkan subtans lemak disaluran minyak kulit yang disebabkan oleh debu, kotoran dan sisa mekap.

5) Pakai masker tomato. Tomato dapat mengurangkan pengeluaran sebum lantas mengawal kulit berminyak. Tomato juga dapat mengurangkan parut jerawat.


Itu antara tips yang dapat saya kongsikan. Kalau awak tau tips yang lain, bolehlah kongsi sekali.

Ini Memang Baru

Salam.


Saya baru buat ini blog. Teruja. Apa yang saya mahu buktikan dengan blog ini? Nothing. Saya cuma mahu berkongsi tentang segala apa yang saya fikir menarik dan bagus untuk dikongsi bersama pembaca. It' simple as that.

No, i don't have any intention on being famous. There are so many famous blogger out there, but i hope that i can be a good one. A real good one. Base on my writings, i mean.

So yeah, hello! Dear readers, please be good to me. I'm working on a new entry, so until then, daaaaaa... :)