5 Dec 2011

Skincare Review : Garnier Pure Active Multi-Action Scrub

Salam.




Siapa dah cuba scrub terbaru dari Garnier iaitu Garnier Pure Active Multi-Action Scrub yang mampu menentang 6 tanda jerawat ini? Saya sudah ! Saya dah pakai selama 2 minggu, dan apa yang saya dapat katakan ialah produk ini memang bagus untuk kulit yang berminyak dan berjerawat (oily and acne-prone skin) macam saya.

Selepas pemakaian, membuat kulit terasa segar, bersih lembut dan bebas dari minyak. Jerawat pun semakin mengecut, dan yang paling best kulit terasa licin terutama di bahagian hidung yang ada banyak blackhead dan whitehead tu. Apa yang pasti, scrub ini memang mampu mengawal minyak dan mencegah dari munculnya jerawat.

Sebab kan terlampau suka, saya dah buat scrub ni sebagai pencuci muka yang digunakan hari-hari. Rasa macam ok je, walaupun  scrub sepatutnya  hanya dilakukan 2 minggu sekali. Hohoho. Jadi saya bercadang untuk dapatkan set lengkap range Garnier Pure Active ini yang memang dikhaskan untuk kulit berjerawat (acne-prone skin).


Set lengkap Garnier Pure Active.


Sesiapa yang kulit berminyak dan berjerawat macam saya, memang patut cuba produk ini. Memang best !

6 comments:

widaunie said...

berkesan ka? kulit sy kurang jerawat tp berminyak... nak cyba jugak la.. thanks bg info ni

BisMi Aishah said...

wahhh....

sy guna safi je....

mcm nk tukar produk plk ;)

intan said...

bismi aishah : saya pun guna safi .muka berminyak .then blackhead cam tDE kurang .

intan said...

cooling roll on tu mesti pakai eh ?

Bancik said...

singgah

R.R.Z said...

haaa..serious? sy baru je kepoh2 dok cari produk utk jerawat+muka bminyak.

makin teruk plak, jerawat siap hitam2! urghhh